Sunday, 9 December 2012

NOMBOR DALAM PENULISAN

Info Bahasa - NOMBOR DALAM PENULISAN

Dalam penulisan bahasa Melayu, terdapat dua jenis penomboran yang sering digunakan  iaitu nombor Arab (0, 1, 2, 3 dan seterusnya) dan nombor Roman (I, II, III, IV dan seterusnya). 
Kedua - dua sistem penomboran ini biasanya digunakan untuk menentukan bilangan, tarikh, 
pengiraan, penunjuk masa dan sebagainya. Dalam beberapa keadaan, nombor tersebut ditulis dalam bentuk angka dan ada ketikanya perlu ditulis dalam bentuk perkataan.

Yang berikut merupakan beberapa cara penulisan angka mengikut peraturan yang betul :-


  1. Nombor yang kurang daripada 10 (1, 2, 3.....9) perlu ditulis dengan perkataan atau ejaan sepenuhnya.
  2. Bagi penggunaan nombor 10 dan ke atas hendaklah ditulis menggunakan angka. Walau bagaimampun, jika nombor 10 dan ke atas terletak pada awal ayat, nombor tersebut perlulah ditulis dalam bentuk perkataan atau dieja sepenuhnya.
  3. Jika nombor tersebut merupakan nombor bagi tahun kalendar atau tarikh dalam kalendar, perlulah ditulis dalam bentuk angka.
  4. Bagi menulis nombor besar yang melibatkan unit ribu, juta dan bilion, unit tersebut ditulis dalam bentuk perkataan dengan didahului oleh nombor, misalnya, 12,000 ditulis sebagai 12 ribu dan 15,000,000 ditulis sebagai 15 juta.
  5. Sekiranya ayat yang dibina berkaitan dengan Matematik, Sains dan teknik, angka digunakan dan diikuti oleh ukuran seperti liter, gram dan meter.
  6. Bagi nombor yang melibatkan nilai wang (RM dan sen) angka boleh mewakili nombor tanpa menukarkannya kepada bentuk perkataan. Begitu juga dalam menulis nilai ringgit yang besar. Walau bagaimanapun ejaan sepenuhnya boleh digunakan jika nilai mata wang tersebut ialah nombor genap.
Yang berikut ditunjukkan contoh ayat yang menggunakan cara penulisan yang betul dan salah :-


BIL
AYAT YANG SALAH
AYAT YANG BETUL
1.
Kakak membawa pulang 4 ekor anak kucing.
Kakak membawa pulang empat ekor anak kucing.
2.
Pada minggu lepas, seramai lapan belas orang murid di sekolah itu ditangkap oleh polis.
Pada minggu lepas, seramai 18 orang murid di sekolah itu ditangkap oleh polis.
3.
12 orang pelajar dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan.
Dua belas orang pelajar dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan.
4.
Dua puluh enam Disember merupakan tarikh yang amat bermakna baginya.
26 Disember merupakan tarikh yang amat bermakna baginya.
5.
Menjelang tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah dua puluh lima juta orang.
Menjelang tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 25 juta orang.





13 comments:

Mimie said...

Assalamualaikum, bagaimana dengan peringkat belajar di sekolah contohnya seperti tingkatan 6? Enam atau 6?

Unknown said...

Kalau 0.5 macam mana pula?nak eja jerk ke tulis dlm nombor?

Unknown said...

Kalau dalam jam contohnya jam 8 malam,perlu ditulis dalam angka atau perkataan

CIKGU ITAMALEK said...

Mohon share info. Tk

Unknown said...

Macam mana nak tukar 60018a04-1e74-4fec-9011-8e94a3e7618d kepada nombor

Anonymous said...

Hhh

Anonymous said...

Satu

Anonymous said...

47293

Anonymous said...

921

Anonymous said...

908

Anonymous said...

59,339,311.27

Anonymous said...

42544

Anonymous said...

191,050.00